MANAFAATKAN LAH MASA YANG SEMAKIN SINGKAT…
Secara sedar atau tidak bila direnungkan masing-masing terpaksa menerima hakikat bahawa masa kini berlalu begitu pantas. Tahukah muslimin muslimat sekelian bahawa ini adalah salah satu petanda bahawa kita ini berada diakhir zaman dan hampirnya kari qiamat. Mengikut hadith Rasullullah yang bermaksud:
Daripada Anas bin Malik R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R. Tarmizi.
Ulasan: Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Iman al-Kamani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar daripada apa yang diperkatakan oleh Iman al-Kamani itu, dahulu kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat dilaksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Inilah satu petanda hampirnya qiamat.
Waktu yang panjang terasa singkat
Amal ibadat belum dibuat
Bulan berlalu hari dan saat
Tanda dunia hampir qiamat
Kenapa kita selalu lalai
Waktu dibuang tidak terpakai
Masalah umat berbagai-bagai
Tanggungan kita belum selesai
Petikan dari Empat Puluh Hadis tentang peristiwa akhir zaman
|
Return to Main Page
Comments
|