Makan Untuk Hidup, Hidup untuk Makan atau
?
Tujuan orang-orang Islam makan adalah untuk melangsungkan kehidupan dan menjamin kesinambungan nya. Kemudian memastikan kesihatan tubuh badan dan minda yang baik digunakan untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan yang memberi manafaat dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tegasnya kesihatan tubuh badan digunakan untuk mentaati segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-laranganNya. Orang-orang Islam tidak hidup semata-mata untuk makan. Tujuan makan adalah satu tindakan pengambilan sumber-sumber tenaga bagi mebina dan mempertahankan sel-sel pada tubuh, mengatur proses-proses yang dilakukan oleh tubuh dan membekalkan tenaga dan stamina yang diperlukan oleh manusia.
Mari kina renungi beberapa sabdaan-sabdaan Rasulullah yang berkaitan:
Punca bagi setiap penyakit adalah kesejukan. Makanlah apabila kamu ingin dan berhentilah apabila kamu ingin
Perut adalah rumah bagi penyakit. Menahan diri daripada makan adalah kepala bagi setiap ubat. Jadikanlah ianya tabiatmu.
Disisi Allah, makanan yang terbaik ialah makanan yang dimakan dengan ramainya(berkongsi).
Biarkanlah makananmu sejuk sebelum makan, tidak ada rahmat(berkat) pada makanan panas.
Apabila kamu makan, tanggalkanlah kasutmu, dengan ini kakimu akan diberi rehat.
Makanan memohon belas kasihan(rahmat) keatas orang yang menghabiskan lebihan makanan yang akhir.(Jangan membazir).
Kurangkanlah makan, maka dosa akan berkurangan
Makanlah secara berjemaah, kemudiannya bersurai, kerana keberkatan berada pada jemaah.
Wallahualam.
|
Return to Main Page
Comments
|