Baca Bismillah

Baca Bismillah

Marilah kita mulakan sesuatu dengan “Bismillah…”. Ucapan ringkas Bismillah digunakan sebagai sebahagian dari bahasa harian, yang menjuruskan kepada ketulusan dan kejujuran.

Bismillah memainkan peranan yang penting dalam Islam. Mengikut sunnah Rasullullah S.A.W, seseorang muslim patut memulakan apa sahaja pekerjaan dengan basmalah (bacaan bismillah). Dengan terjemahan yang berbunyi ‘Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’ cukup untuk membayangkan bahawa apabila kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah, perkerjaan itu adalah kerana Allah, dikira ibadat keseluruhannnya, dan kita dihindar dari kerugian melakukan pekerjaan yang sia-sia.

Memetik dari syarahan uztaz yang saya hadiri baru-baru in, peranan Bismillah mengikutnya adalah pemangkin untuk mendapat keberkatan makanan yang kita ambil. Maklumlah sekarang ini walau bagaimana berhati-hatinya kita untuk mengelakkan bahan toksik dan sebagainya, mengambil makanan suplemen atau ubat-ubatan, kita tetap terdedah dengan bencananya yang mendatangkan berbagai-bagai penyakit. Itu semua tidak dapat menandingi bacaan Bismillah, dengan hati yang yakin kerana Allah, sebelum makan. Sesuatu yang terlalu mudah, tapi kita mudah lupa!

Didalam Al-Quran, kalimah Bismillah mendahului dalam semua surah kecuali Juzuk 9, Surah al-Baraa’at(yang juga dikenali sebagai surah al-Taubah dimana kalimah ini tidak diperlukan disini. Mengikut pendapat para ulama Rasulullah SAW telah menambah kalimah ini pada setiap surah itu; jelas menunjukkan bahawa surah-surah itu datangnya Allah dan bukan terbitan manusia biasa.


Jangan lupa baca Bismillah ya!

Return to Main Page

Comments

Add Comment




On This Site

  • About this site
  • Main Page
  • Most Recent Comments
  • Complete Article List
  • Sponsors

Search This Site


Syndicate this blog site

Powered by BlogEasy


Free Blog Hosting