Pandangan AnakMinah tentang Mawi
Kalau di sebut Mawi sahaja AnakMinah rasa semua orang sudah kenal. Cuma ada yang secara terang-terang menyokong dan ada juga segelintir yang tak nak komen apa-apa. Maklumlah dalam ramai-ramai yang meminati anak muda dari Felda Taib Andak ini ada juga segelintir yang dikira fanatik juga dengan sikap anti-Mawinya.
Kalau sudah takdir begitulah jadinya. Mawi hadir dalam dunia seni hiburan dikira tepat pada waktu dan tempat. Sesuatu yang tanpa penuh perancangan manusia tetapi ianya terjadi kerana kuasa Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Mengapa AnakMinah berkata demikian. Mana tak nya. Mawi yang pada asalnya sudah tersingkir pada konsert Prelude tapi akhirnya diserap masuk dalam akedemi fanstasia. AnakMinah mungkin tak tahu cerita dalaman pihak penganjur sebenar, tetapi AnakMinah percaya situasi itu bukan diprogramkan. Penyerapan semula adalah bukan dari perancangan awal Astro, tetapi atas desakan keadaan. Apabila sudah diserap masuk, serba sedikit kesilapan yang dilakukan Mawi seperti lupa lirik dan menari ala-ala kayu gitu tidak menjejas kedudukannya. Malah kalau dengan pelajar lain, kes lupa lirik mungkin sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Tapi lain dengan Mawi. Namanya terus kekal sebagai pelajar yang teratas undiannya. Tapi keadaan itu tetap membimbangkan para peminat. Sebab apa sahaja boleh terjadi. Persembahan Mawi sentiasa membimbangkan para penonton dan peminat. Tidak ramai yang berasa selesa sehingga nama Mawi benar-benar dijulang sebagai juara. Barulah mereka berjaya menarik nafas lega...
AnakMinah secara peribadi sebenarnya tidak berapa menggemari hiburan. Tapi kehadiran Mawi menampakkan sesuatu kelainan. Bukan setakat berhibur, tapi banyak unsur-unsur lain yang dapat diterapkan. Manusia berada dizaman hiburan. Hatta bila dalam ceramah pun kena selitkan unsur yang dapat menghiburkan seperti lawak kelakar dan sebagainya baru boleh diterima. Ruang ini dapat dipenuhi oleh Mawi dengan sebaiknya. Tidak hairan lah orang seperti Tuan Guru Nik Aziz pun boleh mengesan peluang ini untuk mendekati para remaja dikala ini.
Seperti AnakMinah sebutkan tadi kehadiran Mawi tepat pada waktu dan tempat. Sebagai contoh, umur 24 tahun adalah jangka umur yang boleh diterima oleh semua pihak. Tak terlalu muda(sehingga boleh dikatakan tak matured) dan tidak terlalu tua(sehingga tidak sesuai untuk remaja). Memang orang ramai sedang menanti-nanti sesuatu kelainan. Sesuatu yang sesuai dengan peribadi. Sesuatu yang sederhana dan boleh diletakkan harapan yang tinggi. Penampilan Mawi dengan rambut pendek/botak yang kemas dengan pilihan pakaian yang bersesuaian(walaupun kekadang masih boleh diperbaiki) amat-amat peribadi bagi sesetengah pihak. Tidak hairan ramai yang mengatakan mereka minat Mawi tapi tak tahu kenapa. AnakMinah suka juga menyebut Mawi sendiri memang WORLD.. Dia sendiri tidak menggelar peminatnya sebagai 'peminat' seperti artis lain, tetapi sebagai 'sahabat'. AnakMinah tidak tahu dari mana dia dapat idea ini tapi AnakMinah rasa ini memang WORLD!!
So, AnakMinah tidak mahu berceloteh panjang lagi buat masa ini. Tapi sebelum itu AnakMinah nak menyeru artis-artis lain yang masih tak sedar diri. Cubalah belajar dari situasi ini. Cubalah fikir samada penampilan anda itu diterima umum. Jangan syok sendiri aja. Fesyen pakaian yang menjolok mata tu tinggal-tinggalkanlah.. Yang perempuan jangan terikut sangat nak ikut fesyen terkini yang semakin tak bersesuaian dengan ketimuran dan yang lelaki tak payahlah lagi pakai subang, rambut panjang ala-ala tuuttt... tu. Dah ketinggalan zaman...
Kita jumpa lagi dicoretan Itu Ini Anak Minah..
|
Return to Main Page
Comments
Good luck to Mawi. All the best for all of us too!
|