Makanan Pagi Rasulullah S.A.W dan petua awet muda…!
Rasulullah SAW amat menyukai meminum madu dicampur dengan air sejuk sebelum sarapan. Dengan meminum madu sebelum bersarapan memberikan manafaat yang banyak. Madu akan masuk kedalam perut yang kosong. Dalam keadaan ini, tubuh sangat memerlukan zat gula. Oleh itu, jika madu diminum sebelum sarapan, maka zat gula itu akan mula-mula masuk kedalam tubuh. Adapun kegunaan mencampurkan madu dengan air sejuk adalah untuk membantu saluran dan alat penghadaman supaya dapat mencernakan madu itu dalam masa yang singkat.
Di dalam sunnan Ibni Majah terdapat satu hadis marfu’ yang telah diriwayatkan Abu Hurairah R.A. yang bermaksud
“Sesiapa memakan madu 3 kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit yang berat.”
Apabila madu diminum dengan cara ini, madu itu akan memberi kekuatan kepada tubuh guna membenteras berbagai-bagai jenis penyakit.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma (dari kualiti yang baik) maka ia tidak akan kelemahan dan kelaparan pada hari itu.”
Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersarapan dengan kurma-kurma yang masih segar, sebelum melakukan solat. Jika tidak dengan kurma-kurma yang segar, maka dengan kurma-kurma yang kering, jika tidak dengan kurma-kurma yang kering, maka baginda SAW akan minum beberapa teguk air.
Rasulullah SAW juga menekankan agar makan malam walaupun dengan segenggam kurma kering.
Baginda SAW telah bersabda:
“Meninggalkan makan malam membuatkan seseorang itu cepat tua.”
Wallahualam
|
Return to Main Page
Comments
|