Itu Ini Anak Minah

Sehari DiBulan Ramadhan

Hari ini sudah 15 hari umat Islam berpuasa dibulan Ramadhan. Sudah 10 hari yang kedua nampaknya. Berbagai situasi boleh dirasai. Ada yang berkata.."Ala cepatnya masa berlalu..pejam celik dan 15 hari". Ada pula yang ber kata "Wow! cepatnya masa berlalu, maknanya cepatlah nak raya". Ada yang berkata.."Nak kena berkira-kira nak balik kampung ini..., kampung yang mana satu yek?". Itu dan ini.. Anak Minah rasa bermacam-macam ragam lagi yang tak dapat nak di perkatakan satu persatu. Kebetulan semalam ialah waktu gerhana bulan dalam bulan Ramadhan. Sebelum ini AnakMinah pernah terdengar berbagai andaian dan cerita dan dengan terjadinya gerhana dalam bulam bulan Ramadhan menambahkan lagi keyakinan mereka dengan andaian itu. AnakMinah tak mahulah nak berbicara panjang tentang itu disini. Ada lah pulak dalam selit-selit cerita itu ada yang siap menghantar MMS yang menuntukkan telur boleh 'berdiri' waktu gerhana itu. Ini bermakna... AnakMinah cuma berharap jangan perkara ini diperpanjangkan. Semuanya wallahualam... Hanya Allah yang maha mengetahui.

Walaubagaimanapun, AnahMinah ingin menyeru kepada sesiapa yang sempat singgah di blog ini. Berpuasalah dengan erti kata mengikut tuntutan Islam, bukan mengikut tuntutan adat melayu. Lain sebenarnya. Seperti semalam, AnakMinah baru dengar ceramah yang berkisar tentang bezakan erti al-Quran dari segi adat Islam dengan adat Melayu. Salah satunya, adat Melayu tak tinggal menggunakan Quran sebagai hantaran, sebagai alat untuk bersumpah dan sebagai alat tangkal. Bukan penghayatan al-Quran itu sendiri yang dititik beratkan. AnakMinah kira kita kena cek semula dan perbetulkan kefahaman semuga kita tidak termasuk golongan yang terpesong lorong dikala penghujung zaman ini....
mek

Baca Bismillah

Marilah kita mulakan sesuatu dengan “Bismillah…”. Ucapan ringkas Bismillah digunakan sebagai sebahagian dari bahasa harian, yang menjuruskan kepada ketulusan dan kejujuran.

Bismillah memainkan peranan yang penting dalam Islam. Mengikut sunnah Rasullullah S.A.W, seseorang muslim patut memulakan apa sahaja pekerjaan dengan basmalah (bacaan bismillah). Dengan terjemahan yang berbunyi ‘Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang’ cukup untuk membayangkan bahawa apabila kita memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah, perkerjaan itu adalah kerana Allah, dikira ibadat keseluruhannnya, dan kita dihindar dari kerugian melakukan pekerjaan yang sia-sia.

Memetik dari syarahan uztaz yang saya hadiri baru-baru in, peranan Bismillah mengikutnya adalah pemangkin untuk mendapat keberkatan makanan yang kita ambil. Maklumlah sekarang ini walau bagaimana berhati-hatinya kita untuk mengelakkan bahan toksik dan sebagainya, mengambil makanan suplemen atau ubat-ubatan, kita tetap terdedah dengan bencananya yang mendatangkan berbagai-bagai penyakit. Itu semua tidak dapat menandingi bacaan Bismillah, dengan hati yang yakin kerana Allah, sebelum makan. Sesuatu yang terlalu mudah, tapi kita mudah lupa!

Didalam Al-Quran, kalimah Bismillah mendahului dalam semua surah kecuali Juzuk 9, Surah al-Baraa’at(yang juga dikenali sebagai surah al-Taubah dimana kalimah ini tidak diperlukan disini. Mengikut pendapat para ulama Rasulullah SAW telah menambah kalimah ini pada setiap surah itu; jelas menunjukkan bahawa surah-surah itu datangnya Allah dan bukan terbitan manusia biasa.


Jangan lupa baca Bismillah ya!

AnakMinah Anak Kampung

makAnakMinah sebenarnya berasal dari kampung. Dari keluarga yang besar. Tapi AnakMinah tidak tinggal di kampung lama, cuma waktu kecil-kecil dahulu sahaja. Waktu itu kampung AnakMinah tak lah macam sekarang. Sudah ada bemacam kemudahan. Dulu-dulu AnakMinah tinggal kampung tak ada letrik, tak ada air paip, tak da telefon. Bak kata orang kampung tu habuk pun tarak! AnakMinah teringat lagi masa itu air guna air perigi. Agaknya tanah kat situ memang jenis masam, air itu memang rasanya masam, tapi kami tak komplen pun..

Bila malam hidup dengan pelita. Ala.. yang guna minyak kerosene tu. Kita orang panggil 'minyak gas'. Anak-anak zaman sekarang mungkin tak faham pun apa yang AnakMinah cakapkan ini. Tapi seronok tau adik-adik dan anak-anak. Boleh main api! Korang sekarang, nak main api selalu kena marah dengan mak abah. Takut rumah terbakar sebab korang tak biasa. Kita dulu api tu biasa aje. Sebab tu lah agaknya dulu-dulu payah nak dengar orang cedera kena bunga api ke mercun ke. Budak-budak dulu buat meriam buluh sendiri bila nak dekat raya macam ini. Tak ada apa-apa pun. Tak caya tanya abang AnakMinah, dia hero buat meriam buluh tu.

Hah! Tahu tak minyak pelita itu sebenarnya boleh buat ubat tau. Kalau sakit perut, boleh ambil sapu kat perut, cepat mujarabnya! Tak payah cari-cari ubat kelinik pun. Seingat AnakMinah rasanya memang jarang sekali pergi kelinik waktu kecil pun.

AnakMinah masih teringat lagi waktu kecil Mak Minah selalu asah pisau getah, sedia untuk pagi esoknya. Kita ramai-ramai duduk keliling pelita, dengar cerita Mak Minah. Yang paling best cerita hantu lah. AnakMinah pula selalu booking satu pelita sebab nak buat homework sampai larut malam. AnakMinah tidur sebilik dengan kak Ngah, tapi dia selalu boring sebab cahaya pelita terang, dia susah nak tidur!! he! he!

Nanti bila ada masa terluang AnakMinah cerita lagi pasal kampung ini. Nostalgia gitu!

Tapi seperti AnakMinah cerita tadi AnakMinah tak duduk lama dikampung, sebab dah kena merantau. Bukan apa, kena hantar ke sekolah asrama dari tingkatan 1 sampai 5 dan Lower 6. Kira-kira masa itu AnakMinah ini anak perempuan pertama yang berjaya dari kampung tu untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama. Kalau tak pergi, tak bangga lah orang kampung. Lepas tu AnakMinah sambung belajar diluar negeri. Balik-balik pun, ahak! AnakMinah dah kahwin kat luar negara tu masa tahun akhir. Untuk bekerja AnakMinah merantau ke ibu kota sampailah sekarang.

Okaylah, AnakMinah sambung lagi cerita nanti.

Makan Untuk Hidup, Hidup untuk Makan atau…?

Tujuan orang-orang Islam makan adalah untuk melangsungkan kehidupan dan menjamin kesinambungan nya. Kemudian memastikan kesihatan tubuh badan dan minda yang baik digunakan untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan yang memberi manafaat dalam kehidupan dunia dan akhirat. Tegasnya kesihatan tubuh badan digunakan untuk mentaati segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan-laranganNya. Orang-orang Islam tidak hidup semata-mata untuk makan. Tujuan makan adalah satu tindakan pengambilan sumber-sumber tenaga bagi mebina dan mempertahankan sel-sel pada tubuh, mengatur proses-proses yang dilakukan oleh tubuh dan membekalkan tenaga dan stamina yang diperlukan oleh manusia.

Mari kina renungi beberapa sabdaan-sabdaan Rasulullah yang berkaitan:

Punca bagi setiap penyakit adalah kesejukan. Makanlah apabila kamu ingin dan berhentilah apabila kamu ingin

Perut adalah rumah bagi penyakit. Menahan diri daripada makan adalah kepala bagi setiap ubat. Jadikanlah ianya tabiatmu.”

Disisi Allah, makanan yang terbaik ialah makanan yang dimakan dengan ramainya(berkongsi).”

Biarkanlah makananmu sejuk sebelum makan, tidak ada rahmat(berkat) pada makanan panas.”

Apabila kamu makan, tanggalkanlah kasutmu, dengan ini kakimu akan diberi rehat.”

Makanan memohon belas kasihan(rahmat) keatas orang yang menghabiskan lebihan makanan yang akhir.(Jangan membazir).”

Kurangkanlah makan, maka dosa akan berkurangan

Makanlah secara berjemaah, kemudiannya bersurai, kerana keberkatan berada pada jemaah.”
Wallahualam.

MANAFAATKAN LAH MASA YANG SEMAKIN SINGKAT…

jam
Secara sedar atau tidak bila direnungkan masing-masing terpaksa menerima hakikat bahawa masa kini berlalu begitu pantas. Tahukah muslimin muslimat sekelian bahawa ini adalah salah satu petanda bahawa kita ini berada diakhir zaman dan hampirnya kari qiamat. Mengikut hadith Rasullullah yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R. Tarmizi.

Ulasan: Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Iman al-Kamani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar daripada apa yang diperkatakan oleh Iman al-Kamani itu, dahulu kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat dilaksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Inilah satu petanda hampirnya qiamat.

Waktu yang panjang terasa singkat
Amal ibadat belum dibuat
Bulan berlalu hari dan saat
Tanda dunia hampir qiamat

Kenapa kita selalu lalai
Waktu dibuang tidak terpakai
Masalah umat berbagai-bagai
Tanggungan kita belum selesai

Petikan dari Empat Puluh Hadis tentang peristiwa akhir zaman


<< Previous 10 Articles  11 - 15 of 15 articles  

On This Site

  • About this site
  • Main Page
  • Most Recent Comments
  • Complete Article List
  • Sponsors

Search This Site


Syndicate this blog site

Powered by BlogEasy


Free Blog Hosting